~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Saturday, April 09, 2011

Dia tak akan pernah meninggalkanmu..

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~


"Bila kita pernah merasakan semua manusia meninggalkan diri kita; kita akan sunyi dan sepi, bertalu-talu mengatakan bahawa tiada lagi yang mengasihi; ingatlah bahawa Allah itu Maha Penyayang. Allah ada dekat dengan kita dan dia tidak meninggalkan kita walau semua manusia meninggalkanmu"






Biarkan diri menangis dalam hujan agar tangisannya tidak kelihatan. Biar hanya Allah yang Maha Mengetahui bukan sahabat handai, biar terpaksa menangis sendiri asalkan manusia sekelilingku kegembiraan. Biar kamu kesesakan tapi kamu tahu bahawa Allah itu ada. Manusia di sekelilingmu tidak mampu membantu kamu sembuh tapi Allah itu ada pengubat segala keracunan hati. Bertahajudlah pada Dia mohon agar dikuatkan hati menerima takdir, bukan semuanya yang kita mahukan akan kita perolehi. Mengadulah pada yang sudi, Ya Rahman, kerana dia punya pelbagai solusi hati. Jadi mengapa mahu menangis sendiri dan merasa sunyi sedangkan engkau punya Allah di hati, Dia tak akan pernah menginggalkan dirimu sendiri di saat ramai manusia meninggalkanmu. Chill~~




nota tanganWallahu'alam; sesungguhnya Allah lebih Mengetahui segala-galanya.=) mencari CINTA terbaik...


0 comments: