~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Saturday, March 19, 2011

::Perjuangan Tiada Noktah::




Ingatlah Sahabat..

Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,

Dipuji dengan berbagai-bagai madah,

Esoknya bunga itu gugur ke tanah,

Serpih demi serpih ia punah,

Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…



Engkau bukan layu seperti bunga,

Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,

Lambang bunga lambang sementara cuma,

Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,

Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,

Tiada senda gurau memanjang yang meleka,

Kerana kita dalam memperjuangkan agama.




Sahabatku..

Disini uda dan dara telah berkubur,

Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,

Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,

Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,

Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,

Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat payah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya

keredhaan dari Allah.



Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,

Telah gugur dari jambangannya,

Tetapi itu bukan perjuangan kita,

Bukanlah itu sebagai lambangnya,

Mulut telah kaku untuk bertanya,

Hati malu untuk memikirkannya,

Tidak seperti dahulunya,

Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah,

Yang merindukan dan memburu syahid,

Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,

Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,

Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.



Ya Ilahi...
saksikanlah diri ini menyembah
mengabdikan seluruh jiwa dan ragaku buat Deen ini

Ya Ilahi...
saksikanlah
setiap detik dan detak jantungku ini
adalah milik perjuangan
milik kebenaran yang telah kau nyatakan dalam ayat-ayatMu.

Ya Ilahi...
saksikanlah...
tiap cita-cita yang mekar di roh ini
adalah cita dan cintaku dalam mengejar RedhaMu
adalah cita, cinta dan rinduku pada FirdausMu
di setiap aliran darah yang mengalir adalah kerana tiada Ilah selainMu..
di setiap nafas yang ku hirup
kerana kecintaanku pada SyariatMu dan sunnah kekasihMu
di setiap derap langkah perjalananku, setiap ayunan tanganku, setiap kerlipan mataku
kerana tiada cita dan cinta tertinggi selain Syahed di jalanMu
kerana keinginanku hidup mulia disisi DeenMu
kerana semua milikku adalah MilikMu semata
jasadku ini telah ku abdikan buat perjuangan ini
sebuah perjuangan tanpa henti
maka Engkaulah yang Maha Kuasa
dalam menentukan segalanya

Kerana itu Ya Ilahi...
Kurniakanlah kemenangan keatas kaum Muslimin!
Kurniakanlah kekuatan sejati kepada Para Mujahidin!
kurniakanlah kemuliaan kepada para Ulama, Solihin, Muttaqin
kurniakanlah para tenteraMu kerendahan hati dengan ketinggian Jiwa
kerendahan hati agar sentiasa tawadhu' kepadaMu
ketinggian jiwa agar tiada kata Menyerah dan mengalah sebelum berjuang!

Ya Ilahi..
cinta ini cinta ukhwah Islamiyah
cinta ini seperti kesatuan tangan kanan dan kiri
kaki kanan dan kiri
mata kanan dan kiri
dan kesempurnaan ukhwah ini seperti kesempurnaan Jasad yang telah kau anugrahkan
begitulah kecintaan dan cintaku pada saudara seaqidah seimanku
maka, jika manusia Jahannam itu bertekad menyentuh jasadku

saksikanlah Ya Robbi!
Perlawanan keranaMu aku lantunkan
saksikalah!
Genderang Jihad fi Sabilillah aku tabuhkan
saksikanlah, dunia Islam ini akan bangkit!
singa-singa yang tidur itu akan bangun!
anak-anak ayam itu akan menjadi helang!
orang-orang pincang berlari kencang!
semuanya dengan IzinMu

saksikanlah Ya Ilahi..
Deen ini akan terus tertegak dengan IzinMu
sehingga pengakhiran dunia
sehingga malaikat Isrofil meniup sangkakala
perlawanan ini adalah Bisu
bagi yang Kaku
dalam mengerti erti syariat dan sunnah perjuangan.

Ya Ilahi..
meraih RedhaMu tidak semudah membalik telapak tangan
meraih SyurgaMu tidak semudah menoleh kehadapan
meraih Syahid di jalanMu tidak semudah memuntahkan perkataan
semuanya menuntut PENGORBANAN
kerna syurga itu menagih ujian
sedang neraka berpagar kenikmatan

kerana itu Ya Ilahi..
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
mantapkanlah hati-hati ini
dalam keistiqomahan berjuang di jalanMu
hanya keranaMu
hanya kerana meraih RedhaMu
jadikalah kami pemburu RedhaMu
jika tidak mampu berlari
dalam keadaan berjalan aku menggapainya
jika tidak mampu berjalan
dalam keadaan bertatih aku meraihnya
jika tidak mampu bertatih
dalam keadaan merangkak aku memeluknya

Ya Ilahi...
saksikanlah
firmanMu ku jadikan pegangan

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan." (QS At Taubah: 20)

Allahuma Ahyina Su'ada...
wa Amittha Syuhada...
Wa adkhilna fii zumrotil Musthofa Muhammad SAW...
Allahuma Amin...

inilah janji perjuangan tanpa titik
dari seorang Hamba kepada Kholiknya
hanya Kau maha Mengetahui segala isi hati hambaNya...
kerana detiap perjuangan diuji keikhlasan
maka kurniakanlah nikmat ikhlas itu kepada HambaMu yang dhoif ini...




1 comments:

aFYQh said...

syukran shbt,kata2 yg indah...