~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Monday, March 07, 2011

Mengapa tidak memilih yang halal?

Disebalik pilihan cinta yang halal lagi suci, hairannya masih ada yang memilih jalan salah lagi haram.



Hanya setelah Nikah!

Valentine Day sudah berlalu hampir sebulan..

Tidak sedikit berita sensasi yang berlaku… Pesta muda-mudi meraikan hari bersejarah cinta sambil mendakab ghairah akan dosa serta noda.

Pelik ye,,, mengapa masih memilih yang haram? Sedangkan yang halal lagi toyyibah sudah diajarkan oleh sunnah??

Bernikahlah!

Kerana tiada kata suci mengungkap ‘Aku cinta’ sebelum terlafaznya Ijab dan kabul.

Pilihlah jalan yang halal nescaya Allah kurniakan Sakinah, mawaddah dan Rahmah…

Memetik pesanan Murabbi, As-Syeikh Al-Thantawi. Pesannya buat remaja yang berjiwa muda:-

Islam tidak menyuruh kita untuk memenjara nafsu dan tidak meminta kita menjadi seorang rahib.. Kerana hal itu sangat bertentangan dengan fitrah yang Allah tetapkan kepada kita.. Demikian juga, Islam tidak memerintahkan kita membiarkan nafsu menjadi lampau dan tanpa kawalan, yang nantinya justeru akan membahayakan orang lain.

Namun, apa yang pasti Islam mengajarkan kepada kita bagaimana merawat dan memeliharanya agar tetap menumbuhkan cabang dan ranting untuk menumbuhkan manfaat, disamping memotong duri-duri yang dapat menyakiti, agar membuahkan hal-hal positif dan menyingkir segenap mudharat..

Nafsu manusia ibarat air bah yang turun dari puncak gunung. Barangsiapa berdiri menghadangnya, maka dia akan diterjah dan dilumatkan. Barangsiapa membiarkannya, maka ia bakal memporak-porandakan negeri dan memusnahkan umat manusia.

Orang yang berakal sihat, tentu sahaja akan membuat jalan untuknya. Menggali tanah sedalam-dalamnya, lantas mengalirkan air bah itu ke sana..

Hakikatnya, inilah yang diperbuat oleh Islam!

Pernikahan yang ideal mampu menghimpun berbagai hal yang INDAH, SEMANGAT, MASLAHAT, CINTA dan KASIH SAYANG. Ia semacam senyawa kimia yang kukuh tak pernah terurai selamanya.

Cinta Sejati yang mesti kita kenal adalah cinta yang tumbuh sebagai buah-buah SELEPAS pernikahan. Bukannya benih-benih SEBELUM pernikahan.

Seandainya engkau dikurnia kekayaan seperti Qarun dan fizikal segagah Herculis lalu kemudian dihadirkan di hadapanmu 10 000 wanita tercantik yang masing-masing punya keistimewaan berbeza-beza. Apakah engkau kira bahawa itu cukup??

Tidak! Saya katakan dengan selantang-lantang suara: Tidak! Namun, satu wanita sahaja yang kau peroleh secara HALAL, inilah sebenarnya yang cukup!

Duhai anak-anakku.. Nafsu itu ibarat bom petik yang siap menghancurkan. Bila pemetiknya engkau tidak sentuh, maka pasti engkau aman dari kedahsyatan ledakannya. Maka, berhati-hatilah untuk TIDAK menyentuh agar kelak engkau tidak dilumatkan olehnya!

Mengapa tidak memilih yang halal?


p/s: Mereka yang dikurniakan bahagia sehingga lupa darat dan udara...Lantaran yang menjadi mangsa dada si kembara sang hamba...Sunyi tanpa berita..Mujur kembara sang hamba tahu akan makna..Tuannya menyepi mencari redha yang Esa~


0 comments: