~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Monday, March 14, 2011

Maaf Cik.. Apa itu Takdir?

“ Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka.”

Clinical class dari pagi hingga ke petang tadi agak meletihkan.  Usai sahaja kelas itu berakhir, aku balik terus ke bilik, menunaikan solat asar sebelum ke kuliah seterusnya pada pukul 5 ptg.  Selepas menunaikan kewajipan aku kepadaNya, aku duduk berehat sebentar.  Tiba-tiba hanset ku bergetar.. ku capai, ku lihat ada mesej baru masuk.. dari sahabat kesayangan ku..Luqyana Wafiya..

"salam..syg, enti sibuk?"

"wasalam..x..ana baru habis kuliah..kenapa?"

"buka msj fb enti kejap, tolong jawab soalan ni..bleh?"

"ok, jap ya..."

Ku kerling jam di tangan, ok sempat!

Laptop di meja study ku buka.

"apa itu takdir...? ada juga yang cakap, sekuat mana kita berusaha, tapi kalau belum diizinkan kita tidak akan dapat mencapainya. itukah takdir? atau takdir yang menentukan jalan cerita hidup setiap manusia. takdir yang ditentukan TUHAN. atau TUHANlah yang mengarang jalan cerita hidup kita."

Apa itu takdir?

Persoalan ini mengingatkan kembali pada ku satu kejadian suatu ketika dulu.  Soalan yang sama...dan pengalaman itu pernah ku kongsikan dalam bentuk artikel di suatu laman web..

*****************************************************************************

Selepas habis SPM, aku menghabiskan cuti panjang ku itu di Shah Alam bersama family kandung ku.  Waktu itu family aku masih menetap di seksyen 25 shah alam.  Selalunya aku akan tinggal berseorangan di rumah memandangkan mak bekerja dan kakak pula masih belajar pada masa itu.  Sudahnya hampir setiap hari aku akan keluar rumah, dan destinasi aku sudah pastinya Puchong.  Selalunya aku akan ke kedai buku Popular menghabiskan masa sehari-hari di sana.  Kalau bosan aku akan ke KL.

Satu hari itu aku berhasrat turun ke Puchong.  Menanti bas di KL sentral, memang sesuatu yang aku tak suka.  Memandangkan aku tidak mempunyai lesen memandu, maka itu sajalah pilihan yang aku ada.  Seawal dalam bas hati ini berdetak.. ada mata yang sedang memerhati, terasa sedikit rimas.  Malas kisah dengan keadaan sekeliling mp4 putih kesayangan ku keluarkan dan ear phone ku sumbat ke telinga. 

Dalam bas, duduk disebelah ku seorang perempuan India muda sedang ralit melayan mp3nya dan kebetulan kerusi penumpang ini mengadap. Jadi depan aku seorang pemuda, entah nak kata cina sebab sepet, tapi matanya hijau, oh, contact lens agaknya, tapi rambut dia pun cokelat, emm celup kot dan disebelahnya seorang mamat bangla.

Seperti biasa rutin aku, walau dimana, aku tidak tinggal buku, atau paling tidak aku menulis, habit yang sukar utk di tinggalkan.  Tanpa menghiraukan sesiapa jadi aku terus saja membaca kerana tahu, perjalanan masih jauh, baru 5 minit aku membaca....

Tiba-tiba ...

“maafkan saya, errk..dari tadi, masa di stesyen, saya lihat anda membaca, anda seorang muslimah yang baik” aku dongak kepala dan aku lihat mamat cina itu bdepan aku. Oh jadi dia ni lah yang buat aku rimas tadi ye. Duduk depan aku pula lagi. Aku cuma senyum dan angguk lalu menyambung bacaan. Tapi dia masih buka mulut .

“emm.. anda masih belajar atau bekerja?”

Eh mamat ni, dia sebenarnya nak berbual ke apa. Aku pula jenis direct, terus aku tanya dia “ emm.. maafkan saya, saya bukan pelajar dan tidak bekerja, jadi adakah anda sebenarnya ingin membawa saya berbual dengan anda?” datar..tanpa nada dan perasaan aku bersuara..

Dia tersenyum “ya sebenarnya itu pun jika cik...tidak kisah, saya kebosanan”

Aku berfikir sebentar, berhadapan dgn seorang non-muslim akhlak kena jaga.  “oh, baiklah tapi perbualan kita haruslah yang biasa dan tidak tentang peribadi dan paling penting tolong jaga kesopanan ya” aku beri syarat. Entah apa yang aku repekkan aku pun xtau.  Pertama kali aku bersembang dengan seorang lelaki dalam bas. =_=

“oh baiklah saya Eric. Cik….?”

“asrar”

“oh ye dari tadi anda baca buku tu, bagus ye”

“emmm.. biasa saja”

“ boleh tanya pasal agama?” tanpa rasa berselindung dan takut dia bertanya.

“emm.. boleh, tapi sebagai seorang muslim, saya akan menjawab setakat yg saya tahu, kalau saya tidak tahu, minta maaflah” kata aku berterus terang dengan suara yang datar.

“kenapa tidak? Kenapa harus ada perkara tentang agama Islam yang anda tidak tahu, susah sangatkah agama Islam tu” dia bertanya bertubi-tubi.

Erk.. mamat depan aku ni, samada dia seorang mubaligh atau sekadar menduga kemampuan aku, atau saja nak cari jalan nak membebel panjang ... aku tidak pasti yang mana satu, Aku senyum hambar agak2 x ikhlas sambil tu memperkemas duduk.

“Eric, agama Islam itu tidak susah. Tapi anda harus tahu dan faham, bahawa tingkat untuk mendalami dan memahami itu bukan semudah ABC. Emm.. ok macam sekolah. Mula-mula kita masuk tadika. Lepas tu masuk sekolah rendah, menengah, baru masuk u, dan seterusnya. Semasa di tadika.. anda hanya belajar kenal huruf dan abjad. Bila masuk sekolah rendah, anda diajar membaca. Kemudian anda akan duduki banyak ujian untuk melihat tahap kefahaman dan kebolehan anda menguasai pelajaran.

Jadi, dalam islam juga begitu. Saya sebagai muslim tidak terlepas, mungkin saya masih dalam sekolah, belum masuk u, jadi kalau saya mampu saya akan jawab, jika tidak saya akan cuba dapatkan jawapan untuk soalan anda”

Dia tersenyum “ ok saya faham, saya tanya je. Harap anda tidak merasa marah.”

“ok tak apa, saya tak marah” betul ke..saya mmg no feeling.

“erk.. asrar saya nak tanya sikit tentang takdir boleh?”

“emm..ok saya cuba”

“ saya ada kawan seorang melayu, dia ni suka minum, kaki perempuan dan bila saya tanya kenapa dia jadi macam tu dan sampai bila nak begitu, sebab dia ada keluarga, dia kata sudah takdir dia macam tu. dia kata Tuhan yang nak dia jadi macam tu, jadi dia tak boleh buat apa lagi”

Adeh, apa punya mamat melayu ni. Buat malu orang. Boleh dia cakap macam tu.Aku yang kena menjawab…gerutu aku dalam hati. Emm...

“jadi, kalau macam tu, takdir sudah ada, kita tak boleh ubah apa-apalah, ikut saja, macam tu ke?” tambah Eric

“Emm.. tu tak betul sama sekali, anda tahu, kalau anda akan jumpa saya hari ini berbual dengan saya macam ni?” pantas aku bertanya

“oh tentu tidak” kata Eric

“itulah takdir” kata aku

“ anda rasa kita akan sampai ke destinasi dengan selamat?” aku bertanya dia lagi

“ya.. kenapa? “ jawab Eric.

“tapi kalau tiba-tiba di depan nanti bas ini rosak?” aku bertanya lagi.

“oh sekarang saya faham, itu takdir, benda yang tidak dapat kita jangka betul?” dia mula mengerti.

aku senyum dan mengangguk.

“ Erik, anda cepat faham, baguslah.. sebenarnya takdir bukan lah tidak boleh diubah, tapi bukan juga itu sudah muktamad dari Tuhan maksud saya Allah. Sebab dalam Quran, Allah berfirman “ Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka.”

Ok, lagi sekali, saya suka guna contoh budak sekolah. Kalau anda sekolah, dah tahu ada ujian, tapi anda tidak baca buku, tapi anda harap anda lulus, kemudian anda gagal, adakah itu takdir? Apa yang anda faham tentang senario itu?” aku suka bertanya agar dia berfikir, mudah untuk aku menilai persepsinya.

Kelihatan dia berfikir “ emm.. dia tak baca buku macamana dia boleh jawab dan lulus”

“betullah tu, so anda faham, tapi itu belum takdir. Itu sebab salah dia sendiri.” kataku

“Ha..errk.. tak faham itulah takdir dia kan” erik mengelus rambut coklatnya.

“ya dan tidak., ya bila dia tidak berusaha, takdirnya (aku mengangkat kedua belah tangan dengan isyarat dua jari dibengkokkan) Allah beri dia gagal atas sikap tidak berusaha itu. Tapi.. kalau dia dari awal tahun, dia berusaha bersungguh-sungguh belajar, kemudian dia tidak lulus, itu mungkin takdir. Boleh faham tak?”

Dia sepertinya keliru dan keningnya mula merapat.

“ok, saya beri satu lagi contoh, kalau dia telah berusaha, betul-betul berusaha, tidak sekali pun dia belajar sambil lewa, tapi dia telah gagal dalam ujian, itu mungkin takdir, sebab segala persiapan dia dah buat, tapi kalau dia postmorterm kaedah dia belajar, mungkin ada sesuatu yang tidak betul, dia usaha lagi sehingga lah dia lulus, itu juga mungkin takdir.

Tapi kalau dia dah bersiap segalanya,. Tiba hari ujian dia jatuh sakit tidak dapat untuk menghadiri ujian, itulah takdir, itu pun bergantung, adakah semasa sibuk bersedia untuk ujian dia tidak jaga makan, dia tidak cukup tidur dan rehat, jadi dia sakit...” aku menerangkan panjang lebar.

Aku tengok dia termenung. Paham ke tak mamat ni, aku rasa lebih baik aku terus bagi jawapan mudah, kalau tak mau dia kata islam ni berbelit dan susah.

“ok Erik, saya tidak mahu anda pening kepala, saya cuma ingin anda lihat dari banyak sisi dan senario, kesimpulannya takdir bukan sebab Allah dah kata ia jadi macam tu, macam tu jelah, tak boleh nak ubah, macam kawan anda tu. Allah bagi kita akal., jadi kita yang tentukan sebenarnya takdir kita dengan kebenaran dari Allah, maksud saya Insya’allah iaitu dgn izin Allah” dia pandang aku sambil terangguk-angguk. Aku lihat dia boleh menerima jadi aku sambung lagi.

“emm.. kalau anda suka, anda boleh baca buku-buku kisah nabi, ada satu kisah tu, nabi Yunus, dia ni telah dimakan oleh seekor ikan besar, macam ikan pauslah,. Jadi dia ada dua pilihan, samada dia puashati dah itu takdir dia, dia akan mati kena makan ikan atau dia berdoa dengan sangat yakin bahawa, Allah dengar doa dia dan bantu dia. Jadi dia pun berdoa. Dia berdoa sungguh-sungguh, akhirnya Allah lepaskan dia dari perut ikan tu. Sampai hari ini, orang muslim akan baca doa dia kalau ada masalah. Jadi dimana yang anda rasa letaknya takdir?” aku bertanya untuk melihat samada dia faham bebelan aku.

“maksud anda, kena usaha, lepas tu baru kata takdir.. ,maksud saya sudah takdir?” tanyanya sambil tersenyum.. aku diam x balas senyumannya walaupn sebenarnya sejak sekolah dulu aku memang suka tengok orang yg berwajah chinese look ini..

“ya. betul, anda betul, anda cepat faham. Jadi sebenarnya, kita wajib percaya takdir, atau qada atau qadar, sebab dengan itu kita tak ambil jalan mudah, putus asa, tidak berusaha. Bagusnya kalau anda seorang muslim”. Aku senyum menjawab kepada soalan yang ditanya.

“tapi kawan saya kata sudah takdir dia, dia kata Tuhan dah pilih dia jadi macam tu. Jadi dia ikut sajalah.” Kata Eric sambil menggelengkan kepala

“ok saya nak cerita satu lagi kisah. Masa zaman dahulu, ada seorang pedagang, dia turun dari kuda, lepas tu dia tidak tambat kuda dia, jadi seorang sahabat dia tegur, baik engkau tambat kuda engkau, sebelum engkau berserah kepada Tuhan, sebab, selepas ditambat kalau dia hilang, itulah takdir, tapi kalau engkau tidak berusaha untuk tambat dan kuda itu berjalan, kemudian tu hilang, itu bukan takdir, itu salah engkau sendiri”

“Jadi Erik macam tulah juga kalau anda ingin faham maksud takdir, qada atau qadar Allah. Kawan anda tu dah salah, jangan sebab kita rasa qada dan qadar itu datang dari Allah, dalam erti kata yang mudah kita faham. Buruk atau baik tu dari Allah, maka dia atau kita boleh buat sesuka hati je. Sebab semua dah Allah tentukan. Nak baik, baik, nak buruk dah nasib buruk.

Jadi kita ikut je.. macam jatuh sungai, kalau anda rasa itu sudah takdir, matilah anda jatuh sungai, walau pun anda tahu berenang, anda buat tak kisah saja ke? Sebab dah takdir.. Tapi secara spontannya tidak. Kenapa harus berenang nak selamatkan diri, tak payahlah, tapi kerana anda takut mati anda berusaha untuk selamat, kemudian jika anda tidak juga berjaya, itulah takdir, anda mati lemas. Tapi kalau anda berjaya selamat, itu juga takdir, dengan izin Allah. Jadi takdir anda berubah.” Adus.. aku dah kering tekak ni...

aku tambah lagi “ jadi Eric tuhan iaitu Allah, telah beri kita akal dan fikiran, kita kena guna sebaik-baiknya untuk timbangkan apakah perbuatan kita itu benar atau salah, jadi kalau tak digunakan akal. Buat benda salah dan bodoh, itu bukan takdir dari Tuhan, itu atas salah diri sendiri”

sepanjang masa dia asyik tersenyum, aku pula yang letih.. “Jadi saya harap anda puas hati dan faham, kalau ada yang anda tidak faham baik anda tanya”...

“oh ye asrar, dari tadi anda kata alangkah baiknya saya seorang muslim, kenapa?”

aku senyum “ Eric.. anda buddha atau kristian? Saya minta maaf, dalam Islam, muslim yang mukmin iaitu yang taat suruhan Allah, akan kesyurga, selain dari orang Islam mereka akan masuk neraka, jadi dengan kelebihan anda, yang mudah faham begini, adalah lebih baik anda sebagai seorang muslim, oh ye, dan.. takdir anda pun pasti akan berubah”.. aku mengangguk dan tersenyum kepadanya.

Rasa nak ketuk kepala sendiri.  Kenapa lah saya ni terlalu direct.. ilmu budak baru habis form 5.. dakwah pun masih tak halus...maafkan saya...

“maksud asrar?”

“Eric, menurut Islam selagi anda bukan seorang muslim, jika anda mati anda akan ke neraka... maaf ya, agak kasar, tapi itu kenyataannya. Tapi jika anda telah menjadi seorang muslim, takdir anda telah berubah, dengan izin Allah, anda akan dapat masuk syurga. Jadi anda lihat, pilihan ditangan anda. Jika anda pilih Islam sebagai agama anda. Ada peluang untuk ke syurga, tapi kalau anda terus kekal sebagai bukan muslim anda akan kekal ke neraka. Anda buat lah pilihan”

“emmm ...peluk Islam, tapi itulah orang Islam sekarang pun ramai yang tak macam dalam Quran kata. Jadi saya agak keliru, dimana kekuatan Islam itu sekarang”

aduhs.. grekkkkk sakitnya jiwa aku dengar.. tapi itulah kenyataan. Aku diam. tulah yang namanye je Islam tapi perangai hancur .. aduhs...tapi aku tetap senyum. Sambil tu aku jawab dia..

“anda benar Eric, kekuatan Islam sepatutnya bermula dari diri kita sendiri, maksud saya dari roh kita, kalau kita Islam, roh kita sepatutnya akan takut kepada Allah dan buat perkara yang Allah suruh saja. Yang tak boleh, kita takut nak buat, tapi sekarang, rupa dan nama saja Islam, tapi bukan semua sekali macam tu.

masih ramai yang berusaha menjadi muslim yang baik, lebih, lebih baik, sebab tu kalau satu hari anda ingin menjadi seorang Islam dan muslim yang baik, anda kena cari kawan yang baik dan betul, anda akan ikut cara yang betul. Tapi bukan bermakna kita tak boleh kawan dengan kawan yang tak berapa baik, boleh cuma biar kita yang pengaruh mereka bukan kita yang terpengaruh” Aku senyum hambar.

Emm.. sedar tidak kami sudah hampir sampai ke Puchong. Dia menghulur aku kad bisnessnya. Dalam hati aku berkata 'owh..dah keja rupanya' “ asrar ini kad saya, terima kasih kerana sudi berbual dengan saya, seronok sangat berkenalan dengan anda.. asrar, kalau satu hari saya jadi muslim saya nak guna nama Eric Mikail Abdullah ok tak?”

“ok boleh kenapa tidak, sedap nama tu, kalau tambah Muhammad kat depannya ok juga”. Sambil tangan aku menyambut kad darinya.  Dia kemudiannya turun lebih awal dari ku. destinasi aku di depan lagi.

Aku diam sambil berfikir apa yang aku repek kan...ilmu sangatlah kurang walaupn aku budak sekolah agama.. aku memandang kad ditangan..

..Muhammad Eric Mikail Abdullah

takdirkah ini?

********************************************************************************

p/s: sudah bertahun berlalu..nak tergelak pun ada... biarlah menjadi kenangan.. ilmu yang sangat lah terbatas..



5 comments:

ieyba said...

salam kak sue..
best la kak sue ada pangalaman cmtu:)

Anonymous said...

salam...subhanallah... i luv ur stry...
sprt sorg dae, otak faqih... critical thnkng..

fadhilah said...

as salam....wah,,...subhanallah...sungguh hebat..:D

MB said...

style bediri mcm org yg bangga berada di sawah ni...

aimi zainudin said...

Subhanaallah~setiap pertemuan itu tidaklah pernah sia-siakan..
Takdir yg sangat sempurna apabila Allah pertemukan dia dengan asrar~

Terasa mcm nak doakan semoga anda berjumpa lagi dengan dia satu hari nnt..tak salah kan? (: