~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Thursday, March 24, 2011

Kisah Cinta Hebat: Bermakna Bila Ia Memberi

Asrar berbicara:

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI

Salam to all
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakhbar!

ALHAMDULILLAH!

Thank you Allah. If not for this course, my future career; i may not experience and realize a lot of things which are new to me. I begin to appreciate life that Allah grants me; as well as reflect on myself based on a lot of experiences.

Today, suddenly asked by a student in the male medical ward about love:

"ada x cinta hebat yang buat kamu terasa kagum? i means a love story, man love story.. mcm cinta dlm pengorbanan? sekarang ni nak cari cinta sejati bukan senang, ramai jer yang bercerai-berai, divorced is no longer categorizes as benda pelik "

Tersenyum seketika, x sempat nak jawab.. divorced? i hate that word..

Kisah cinta hebat?

MEMANG sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutar-belitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah menggelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa dan tahu melakukannya adalah berdosa, tetapi kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Seorang perempuan sanggup ditiduri hanya kerana termakan pujuk rayu. Si suami sanggup meninggalkan cinta si isteri demi mengejar cinta wanita di negara seberang. Mereka seolah-olah lemah longlai membuat pertimbangan kerana iman tidak seiringan cinta diberikan.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ianya akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Teringat tentang satu kisah cinta hebat.  Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh nabi s.a.w dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi, lantas bisa dilihat kezuhudannya pada harta milikinya hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq. Dialah SALMAN AL-FARISI.

Kisahnya bermula di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agamanya. Dia sudah cukup bersedia untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para lelaki di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap ruh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Itulah jawapannya... reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati... sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi s.a.w yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus MEMBERI.

Salman al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja, iaitu MEMBERI. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimilki... tidak haloba dengan apa yang tiada..

********************************************************************************

Appreciate eveything and everyone around you. Allah makes everyone so special that we actually learn from each other without us realizing it, subhanAllah!



bicara mata hati: stare at the sky, reminiscing who am I... grateful for what i have now..


1 comments:

Inspirasi Hati said...

Nice entry...=)
Sesunnguhnya Dialah Pemilik segala cinta...