~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Wednesday, November 17, 2010

Risau: usah kecewa..redhalah

Mesej yg asrar terima petang tadi membuatkn asrar tersangatlah risau..tak tahu kenapa.. Buat kerja kat surau tadi, asyik pikir benda tu jugak. Buat muka hepi, ketawa tapi sebenarnya dalam masa yang sama hati risau sangat..

Ya Allah..risaunya kat dia...maaflah, asrar ni tak reti nak bagi kata2 semangat kalau dengan orang berkenaan..xtau kenapa..segan rasanya..asrar hanya mampu doa moga Allah kuatkan hatimu dan redha lah..mudah2an keredhaan itu melenyapkan rasa kecewamu. Usah persoalkan kebolehan kerana Allah bagi setiap daripada kita kebolehan. Sebenarnya kita mampu, kerana itu Allah berikan ujian. Allah tangguhkan kejayaan untuk menguji keimanan dan istiqamah kita. Bukankah orang2 yg beriman itu akan diuji? bukan sewenang-wenangnya kita mengatakan kita beriman tanpa di uji..maka di sini lah bukti keimananmu samada benar atau cuma sekadar lisan sahaja.. ^_^

Semua orang pernah gagal.  Cakap tentang kegagalan ni, semua orang pernah rasa, asrar tidak terkecuali.  Sakit rasanya, bertahun-tahun berada di atas, tiba2 jatuh tersungkur di bawah.  Itu yang asrar pernah lalui, sakitnya usah dikata, perit, tambahan pula dengan kata2 orang sekeliling.

"kenapa dengan dia? bukankah dia dulu best student kita dari form 1 sampai from 5 lak tu?" "eh, dia kan best student  SPM sekolah kita, kenapa jadi macam tu?"

Best student? best student juga manusia biasa.  Asrar manusia biasa, tak selama2nya kita akan berada di atas.  Itu yang asrar belajar dari kegagalan lalu.  Kadangkala silap kecil itu, mengundang kesan besar dan kegagalan besar dalam hidup kita. Namun hakikatnya, jika kita membelek sejarah-sejarah insan hebat dan berjaya hari ini, mereka semua sebenarnya insan-insan yang tidak takut untuk gagal. Kenal Thomas Edison? Tau sejarah KFC? hayati sejarah ISLAM?

Thomas Edison

Thomas Edison, berapa kalikah percubaan beliau dalam mencipta mentol?

100?

1000?

10000?

Ya, kali ke 10000 baru beliau berjaya. Sebab setiap kali gagal, tidak seperti kita yang mudah berputus asa, beliau sentiasa fikir, kalau ditakdirkan percubaan yang seterusnya berjaya, tak ke rugi setelah bersusah payah dari awal, sebab putus asa kali ni, menjadikan beliau gagal untuk selama-lamanya.

KFC

Pakcik tua ikon KFC tu, cuba teka berapa kali proposal ayam gorengnya ditolak?

Beliau buka kedai jual ayam goreng, tak laku dan bankrupt.

Setelah itu buat resepi ayam, dan jualkan di kedai-kedai makan lain. Tapi untuk membolehkan produknya dijual di kedai-kedai tu, beliau terpaksa membuat kertas kerja, pembentangan dan sebagainya untuk meyakinkan peniaga bahawa ayamnya sedap dan akan laku jika dijual.

Tapi hampir setiap kedai yang beliau pergi semua menolak. Malah ada yang bersama penghinaan,

“Alah..ayam goreng camni je..boleh laku ke…”

Entah berapa kali, yang pasti mencecah ribuan kali, bererti ribuan kedai sudah beliau lewati, dah la bankrupt pada permulaannya, barulah ada kedai yang mahu menerima ayam gorengnya. Masanya pula hampir mencecah bertahun-tahun.

Tapi apabila ditanya, tak rasa membazir masa ke awak pergi kedai-kedai sebelum ni, tapi kene reject? Banyak tu..

“Tak la..sebab setiap kali kene reject, saya dapat improve pembentangan saya, kertas kerja saya, gaya penyampaian saya dan lain-lain…”

Sejak itu KFC yang dulunya menumpang di kedai orang lain, kini francaisnya berterabur di seluruh pelusuk dunia.

Sejarah Islam

Malah, kalau kita teliti kembali sejarah Islam, sejarah Rasulullah SAW menyampaikan agama ini, berbagai-bagai dugaan dan rintangan.

Entah berapa ribu, malah juta kali barangkali dakwah baginda di reject.

Tempohnya pula, dari Islam itu turun ke bumi, sehinggalah pembukaan Kota Mekah, 23 tahun lamanya.

Betapa sabarnya Rasulullah SAW menempuh kegagalan demi kegagalan demi melihat Islam ini berjaya tersebar ke suluruh umat manusia di atas muka bumi ini.

Berapa ratus tahun pula masa yang diperlukan untuk umat Islam menguasai 2/3 dunia?

Ya, kesabaran terhadap kegagalan itu sebenarnya asbab kejayaan.

Kesabaran ini juga yang kita perlukan, untuk bangkitkan Islam ini kembali.

Jadi, kenapa takut gagal?

“Gagal lagi… gagal lagi… asyik repeat je….. Masa dari dulu gagal je, kalau begitu… bile nak happy ending-nye?!”

Mungkin itu yang terlontar dari mulut kita ketika ditimpa kegagalan. Sedih dan kesal perasaan kita, macam la Allah tak pernah bagi nikmat berjaya. Yakinlah, hakikatnya Allah menciptakan kita bukan untuk menjadi makhluk-Nya yang terus-menerus gagal atau menderita. Allah ingin agar kita selalu belajar dari kehidupan ini. Allah ingin beri kita nikmat berjaya itu kepada kita sebenarnya kerana benada yang senang diperolehi, senang juga untuk dilupakan.

Apa yang utama, bagaimana untuk kita melihat setiap kegagalan yang mendatangi hidup kita. Mahu lihat dan terus positifkah atau sebaliknya? Seperti kisah pakcik tua KFC tu, hakikatnya kegagalan demi kegagalan akan membuat kita semakin baik andaikata kita bangkit lagi dan terus memperbaiki diri, sehingga pada akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang terbaik. Hakikatnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Ada orang jalannya nampak mudah. Usahanya nampak sikit, tapi hasilnya berganda. Kita yang seakan usaha berganda-ganda ini, kecil la pulak hasilnya. Ketahuilah besar atau kecilnya kejayaan itu subjektif sebenarnya. Ada yang berjaya memperoleh A dalam peperiksaan namun masih kecewa kerana tidak memperoleh A+. Tapi ada pula yang sangat gembira memperoleh C, kerana sekurang-kurangnya tidak perlu mengulang subjek yang sama. Hakikatnya kejayaan dan kebahagiaan tu bergantung kepada hati kita sendiri, sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan segala yang dianugerahkan olehNya. Bukanlah mahu menafikan usaha menjadi yang terbaik, usahalah selagi mampu, cuma jangan diperkecilkan setiap yang dianugerahkanNya kepada kita.

Semua kegagalan itu akan membukakan pintu kejayaan yang lebih besar bagi kita, sesuai dengan definisi kita tentang kejayaan itu sendiri. Kegagalan atau kekalahan memang pada awalnya akan terasa menyakitkan, tetapi jika kita tangganinya dengan fikiran yang positif terbukti ia adalah jalan untuk kita menjadi lebih baik, kerana kita tidak ada pilihan lain selain untuk terus memperbaiki diri agar tidak gagal lagi.

Samalah seperti kita makan ubat, mungkin kita akan merasakan pahit, nak muntah dan sebagainya, tetapi dari semua kepahitan itu pada akhirnya badan kita menjadi sihat. Lain halnya ketika kita minum air gas bikarbonat atau jus buah yang sedap dan manisnya luar biasa, tapi ternyata akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit. Kepahitan atau hal yang tidak senangi haruslah dihadapi dengan bijak. Agar kita dikurniakan sesuatu yang lebih berharga, berharga dari sekadar merasakan kesenangan yang tidak kekal. Jadi, berhentilah dari membenci atau takut terhadap kegagalan.

Hadapi dan bersabarlah dengan fitrah dan kegagalan sendiri.

Tanpa kekalahan dan atau kegagalan sebelum ni, belum tentu kita dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri kita. Sudah tentu kita tidak mampu untuk sematang ini dalam menangani ujian-ujian hidup. Inilah sebenarnya asset berharga yang akan membuat kita lebih berjaya di masa akan datang.

“terima kasih pada kegagalan!”.

Semoga kegagalan yang kita alami dapat kita jadikan tangga meraih kejayaan yang lebih besar dan penuh berkat.

Bangkitlah teman, raihlah cita-citamu yang mulia…!!~ :)



0 comments: