~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Sunday, August 22, 2010

Am I Philophobic???

Tadi tgh klik2 folder gambar kat laptop asrar..tetiba jumpa gambar dgn rumate dulu2 time kat matrik..asrar senyum..rindu kat sue n kak mhyr..hurmm..apa kabar la diorang skang ni..teringat time2 hujung minggu malam macam ni kitorang lepak dalam bilik sambil tengok movie..asrar layan jer karenah diorang ni.. :)

Pernah sekali diorang tengah layan movie ntah apa tajuk die time tu asrar tak ingat dah..tapi kisah percintaan remaja la kononnye..bila diorang ajak asrar senyum jer, asrar ckp asrar ada keje sket nak buat...

Tetiba kak mhyr berpaling tanya soalan yang buat asrar berkerut kening sket nak jwb..

Kak mhyr: asrar,asrar takde boyfren ek? dah tu bila kak mhyr ajak asrar tengok movie cintan cintun ni asrar xnak..asrar xsuka ek?

Asrar: eh,xde la kak..asrar kdg2 layan jugak citer2 tu..hehe..jgn slh anggap..emm..asrar ada gak kwn2 lelaki,tp yg special tu xde la..bkn masanya kot.. (bg jwpn sedap sket..takut kecik ati lak)

Kak mhyr: akak x maksudkan asrar kapel ke ape..maksud akak bleh jer kan kalo asrar nak tunang dulu ker..lagipun mustahil la asrar xpenah ada hati kat sape2 kan?

Asrar: mmm..hehe..entahla kak...mungkin jugak ye mungkin jugak x..xnak la pkir..asrar muda lg..lagipun susah la nak berteman ni, takut...mmm..

Kak mhyr: takut????asrar philophobia ke?

***************************************

Asrar philophobia ke? dah banyak kali dengar soalan ni...dari asrar skola menengah sampailah asrar ke alam kampus ni..hurrmmm..

Tadi baru jer kawan tanya pasal ni..tu yg tetiba tulis pasal entry ni..lepas ni harap2la jgn tanya lagi..asrar malas nak jawab soalan ni..itu personal asrar..

Sebelum asrar ulas lebih jauh,asrar nak terangkan sket pasal philophobia ni bagi yang tak tau..

philophobia = fear of falling in love or being in love! takut nak berkahwin/mendirikan rumah tangga!

lebih kurang macamtu la dari apa yang asrar tau..

causes nye? ada yang kata kerana kisah lalu dan mungkin jugak kerana sejarah keluarga..hurrmm.. *angguk setuju sket..

Pernah jugak ada kawan yang tanya..

"asrar plan nak kawin bila?" (soalan macamla dah cukup besar..tapi umur dah ada angka 2 kat dpn kira besar la tu ea?)

asrar pun jawabla mcmni "ntahla...xtau..kawin pon kalo berpisah gak buat pe?" astaghfirullah, asrar sendiri xsedar apa asrar jawab time tu..tapi yang pastinya kawan asrar tercengang dgr jawapan tu..hurrmm..maaflah..soalan tu "tinggi" sgt..

Ok la..nak kata asrar philophobia ni mungkin la jugak..sebabnya asrar penah ada sejarah parents asrar sendiri..pernah sembang ngan mak pasal ni..time tu dah nak dekat raya..tengah sesedap layan lagu Pulanglah-Aisyah tengok mak tetiba nangis..pelik..lirik lagu pulanglah tu macam ni..eheh..semangat nak raya la pulak..




( ...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya


Kalau dengar lirik lagu ni agak sayu la jugak..asrar pun dengan penuh keinginan nak tahu tanya la kat mak napa nangis..pastu mak jawab camni..

"dulu masa mak pisah ngan ayah asrar, masa tu dah nak dekat raya..tu yang sedih bila dengar..dulu bila dengar je takbir raya mulalah mak nangis.."

alahai...jiwa seorang wanita..asrar faham mak..asrar anak mak yang banyak berkongsi suka duka dengan mak..tapi tentang perasaan mak masa tu asrar xpaham..sebab asrar kecil sangat time tu nak memahami situasi mak masa tu..

bila dah besar sikit mak banyak cerita pasal mak dengan ayah..dari kisah mak kenal dgn ayah sampai la saat2 akhir tu...dengar crita dari mak buat asrar lebih banyak mengeluh..bukan la asrar menyesali takdir, asal cuma rasa kesal..asrar juga insan biasa, adakalanya lemah x berdaya menghadapi hidup..

tapi asrar tetap terima itu semua ketentuan Allah..asrar xtau apa hikmah disebaliknya,tapi asrar yakin Allah punya sebab tersendiri..bukankah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

cuma asrar akui sedikit sebanyak pengalaman lalu mak dan pengalaman asrar sendiri menjadi anak kepada seorang ibu tunggal membuatkan asrar takut..takut untuk menyayangi orang..lebih tepat lagi asrar takut untuk berumah tangga!!!



Asrar takut untuk mempunyai seorang zauj..asrar takut pada perkataan PISAH. sedangkan asrar sendiri tahu..semuanya ketentuan Allah..mati pun berpisah jugak..setiap insan di bumi ini akan berpisah..tapi macam yang asrar katakan tadi adakalanya perasaan itu tetap ada..TAKUT! .ya asrar takut...takut ia berulang lagi..adakah asrar sekuat ibu untuk hadapinya?adakah bakal anak2 asrar nanti juga turut merasai dan melalui apa yang asrar dah lalui?asrar x punya jawapan untuk itu..dan asrar takkan pernah dapat jawapannya kerana semua itu ditangan Allah..maka apa yang asrar perlu lakukan sekarang hanya serahkan segalaNya pada Dia..asrar redha andai sejarah itu berulang lagi pada asrar..

Cuma ustazah asrar pernah cakap philophobia tu baik andainya asrar gunakan dengan baik..maksudnya?

maksudnya,dari rasa takut asrar tu,asrar kena berusaha untuk jadikan kisah itu sebagai pedoman untuk elak sejarah itu berulang lagi..mm..mungkin betul apa ustazah asrar cakap.. :)

Jadi,secara kesimpulannya asrar memang dalam golongan philophobia tu..tapi xdelah krtikal sangat kot hehe.. takdir kita di bumi ni dah tercatat kemas di loh mahfuz.."pena sudah diangkat dan dakwat pun telah kering" maka,usah ragu untuk terus bergerak ke hadapan mengacu langkah kerana Allah sentiasa di sisi..have faith in Him..kita takkan kecewa..


p/s: hadapi hidup dengan senyuman...ujian itu tarbiyah dari Allah..



0 comments: