~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Tuesday, June 01, 2010

Hanya Penonton Setia?!




'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.' (Al-Isra:4-6)


PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

Sejak beberapa hari ini, saya berada dalam keadaan menafikan perbuatan (denial state) kejam pembunuhan beramai-ramai pihak Zionis Yahudi ini. Ini adalah kerana hati ini terlalu sedih dan sukar menerima hakikat bahawa ada sekumpulan manusia yang sanggup mencenderakan dan membinasakan sekumpulan manusia yang lain, yang mana golongan yang ditindas ini amat jelas berada dalam keadaan lemah dan melibatkan golongan kanak-kanak yang tidak berdosa. Mana mungkin?

Namun saya perlu bangun dari tidur ini kerana saudaraku diinjak-injak dan diperkotak-katikkan nyawa mereka oleh Israel laknatullah.  Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestin sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestin ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel yang tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestin. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan rundingan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta.

Wahai sahabat, tidaklah adil sekiranya kita mengharapkan pihak Amerika Syarikat mahupun UK apatah lagi Israel untuk mengambil sebarang tindakan yang akan merugikan mereka. Seharusnya negara-negara Islam yang diam membatu bagaikan tiada apa yang berlaku yang perlu bangkit dan bersatu ke arah membebaskan Palestin dan menghentikan kekejaman ini.

Amat memalukan kerana perkara ini tidak berlaku malah Mesir menidakkan keperluan untuk OIC bersidang untuk membincangkan isu ini! Malulah anda pemimpin dunia Islam! Malulah anda wahai sang pemegang amanah kerana masih berdiam diri! dan malulah wahai diri kerana memilih pemimpin yang tidak berguna membela agama yang tercinta!

MALULAH WAHAI UMAT ISLAM! kerana engkau hanya menonton dan tidak mengambil bahagian dalam perjuangan yang mulia ini!

'Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?' (Ali-Imran:142)

Ayuh para pejuang yang mengaku pejuang agama yang mulia, tegakkanlah ianya walau apa jua caranya, bantulah saudaramu yang menderita kerana tidak sempurna iman seseorang hamba itu melainkan ia menyayangi saudaranya yang lain sepertimana ia menyayangi dirinya sendiri. Dan TIDAK ianya tidak akan terhenti apabila pembunuhan oleh Yahudi laknatullah ini berhenti yang mungkin berlaku esok, mungkin juga lusa TETAPI perjuangan ini berterusan sehingga Islam tertegak kembali sebagai pemerintah dunia dan ianya hanya akan berlaku ketika Palestin kembali dikuasai sang pemiliknya!




p/s: Setiap dari kita juga mempunyai peranan masing-masing, ingatlah doa itu senjata mukmin disertakan dengan secalit usaha termasuklah memboikot barang-barang Yahudi Zionis!!!



0 comments: