~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Saturday, April 24, 2010

Ku balas surat cintamu ukhti..


Bismillahirrahmanirrahim....

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas mati.Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sejati yang tidak akan luntur dalam suka dan duka.Jika aku dapat,aku akan setia padanya“
(Imam as-Syafie)

Assalamualaikum w.b.t...

Saat jari jemari lancar berlari di atas papan kekunci laptop ana ini, mutiara jernih juga turut laju menuruni lurah pipi ini lantaran sebak dan terharu atas kata-kata dari seorang sahabat ana yang teramat, amat, amat ana cintai.  Dia si manis Asiah Yusra atau yang ku ukir namanya dalam setiap coretan hatiku sebagai Layyinul Nadrah yang banyak berkongsi suka duka bersama ku dan yang banyak membantuku sepanjang hampir setahun aku di bumi kenyalang ini.  Ukhti terima kasih atas segala-galanya, terima kasih juga atas kata-kata yang cukup bermakna buat ana ini..


"Dan yang terakhir sekali, si dia yang paling istimewa. "Asrar Qalbi". Namanya seindah orangnya. Si kecik molek. Biarpun jarak usia yang amat berbeza namun kami bedua punya banyak persamaan. Malah si kecil molek ini telah mengajar ku banyak perkara tentang perjuangan. Ku terinspirasi melihat perjuangannya sejak kecil kerana ISLAM. Ku terinspirasi bagaimana dia menggunakan kalamnya untuk berjuang dan kerana itu terlahirlah "salju sakinah'. Bertuahnya diriku, di saat saat akhir berada di alam kampus, ALLAH pertemukan dengan si kecil molek ini yang boleh kukatakan sebagai penyelamat. Terima kasih ya dik"

SubhanAllah...ana terharu sangat.. ='(

Ukhti, ketahuilah betapa ana sayangkan ukhti,teramat, amat sayang.  Saat diri ini terlantar sakit, dirimu lah yang rajin menziarah dan memasak untukku.. ku ingat lagi setiap pesanan ringkas yang ku terima darimu pagi, petang dan malam "Salam..dah makan baby?".  Terasa diri ini dimanjai dan dihargai sangat2.

Ukhti, ana bukanlah penyair yang hebat untuk mempersembahkan rasa cinta dan sayang ku padamu, tapi hanya ini yang mampu ku balas untukmu sebagai tanda betapa ku menghargai kehadiranmu di sisiku..

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar sahabat...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah ukhuwah fillah...

Dan Bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah..

Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan Terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Andai suatu hari nanti kita terpisah,
biar maut penyebabnya. 
Bukan sengketa,bukan jarak atau masa. 
Kerana ukhwah kita tiada gantinya.
Biar kekal hingga hujung nyawa..

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu.

Dan kepada Allah Yang Satu ku tadahkan tangan memohon darimu..

Ya Allah,
Sahabatku buah hatiku
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria

Ya Allah,
Silaturrahim kami ukhwah fillah
Bermusuh kami nauzubillah
Berpisah mati insyaAllah
Pengubat hati doa rabitah

Ya Allah,
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan semula di Taman Syurga
Amin Ya Rabb…

Ukhti ku sayang fillah..

Ketahuilah dirimu terhias sebagai sebaik2 ciptaan, maka jadikanlah dirimu Nisa’ yg boleh menjadi mujahidah , jihad di jalan Allah..jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..cantik dipandang tetapi susah utk dipegang..jadikanlah dirimu gadis manis yg tidak pernah kalah dgn redup panahan mata adam..Biar nafsumu hidup dlm tarbyyah di jln da’wah bertintakan darah & air mata perjuangan, dititp atas warkah penuh kemuliaan & dikirimkan utk mujahadah menuju Tuhan ..

Ukhti,

Ukhuwah ini adlh anugerah yg membuat kita tertawa menangis, menerima, memberi dan yg paling penting membuat kita menghargai erti hidup..jadilah seperti embun yg tunduk menitiskn kasih sayang .. Setia menyirami kalbu kegersangan dgn mutiara kesabaran & kaca kebenaran..smoga ukhuwah yg terbina dgn lafaz bismillah hanya akan diakhiri dgn lafaz Innalilah…

Ku mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga..

salam sayang fillah.. wallahualam..

4 comments:

Asiah yusro said...

masyaALLAH.. bercucuran air mata ini ya ukhti ku sayang
terima kasih ya ukhti kerana sudi menerima akak biarpun akak punya sejarah silam yang kelam
terima kasih kerana sudi menerima akak biar akak masih terlalu jahil bersama kalian
terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan.. kerana ku rasakan ALLAH telah menghantarmu sebagai hadiah istimewa kepadaku
ALLAH itu sangat baik ya ukhti, akak pernah meninggalkanNYA tapi DIA tidak pernah meninggalkan akak..
maka ukhti, ingatilah diriku kerana ALLAH, ingatilah sahabiyah kita yang lain kerana ALLAH
ingin memohon maaf atas kedhaifan diri, semasa ukhti datang, terasa seperti beban kepada ukhti kerana terpaksa mengajar akak yang dhaif lagi hina ini biarpun sepatutnya akak lah yang mengajar ukhti
Ukhti, sepanjang perubahan akak, akak kehilangan banyak benda, kawan kawan, nama, kesenangan tapi akak dapat TARBIYAH dan KALIAN..
itu sudah cukup untuk akak...
terukan perjuangan ukhti... dan akak tunggu BUKU ukhti =) ... its my dream for you ... AMIN YA RABB!

bidadari besi said...

salam sayang ukhty...

Ya Allah...sungguh indah ukhuwah ini, bersatu dalam 1 akidah..Islam dihati..Subhanallah..

terharu dgn ukhuwah kalian..juga cemburu kerna ana juga inginkannya..^_^

ana doakan moga ukhuwah kalian berdua akan terus mekar dan subur..ameen...

NURSHUHADA SHAHAMI said...

salam perkenalan..

sungguh mulia ikatan ukhwah antara kalian berdua..ana turur terharu..moga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat..insyaAlah..

NURSHUHADA SHAHAMI said...

salam perkenalan..

sungguh mulia ikatan ukhwah antara kalian..ana doakan ikatan antara kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..insyaAllah..