~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Monday, March 08, 2010

Coretan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya..."
[Surah Al-Mu'minun: 115-116]


Assalamualaikum w.b.t..

Sedang enak disajikan dengan lagu nasyid keredhaanMu-inteam. Fikiran terasa tenang biarpun hatiku sedikit terganggu sebenarnya. Waktu-waktu begini paling mujarab untuk merenungi khilaf diri. Dan di sini, izinkan aku mencoretkan catatan hatiku.

Demi Allah,
Aku bukan manusia kalis dosa.

Ada masanya, aku juga melihat drama korea, jepun.
Ada masanya, aku juga mendengar lagu-lagu soul, rnb, country.
Ada masanya, aku juga banyak membuang masa. Melakukan hal-hal lagha.
Ada masanya, aku juga memakai tudung biasa.
Ada masanya, aku juga ingin berhias seperti wanita lain.
Ada masanya, aku juga terlewat menunaikan solat fardhu.
Ada masanya, aku juga tertinggal bacaan al-matsurat.
Ada masanya, aku juga merugikan masa luangku.
Ada masanya, aku juga merugikan masa sihatku.
Ada masanya, aku juga mensia-siakan saat berhartaku.

Ya Allah.. khilafnya aku..

Aku melihat, senyummu sangat manis tika aku dalam labuh tudungku.
Dan tiba suatu masa, aku melihat jeling matamu dalam tudung biasaku.
Tindakanmu buat aku terfikir, benarkah labuh tudungku adalah harga bagi senyummu?

Dan kerana dunia ini banyak bahagiannya. Dan manusia-manusia juga ragamnya berbeza-beza.



Adakalanya aku dihormati. Adakalanya aku dikeji. Adakalanya aku diketawakan. Kerana labuh tudungku. Kerana usahaku untuk menjaga akhlakku.
Aku sedar.. penghijrahanku hanya setahun jagung cuma.

Aku memang tidak punya banyak ilmu ketuhanan, fiqh, usuluddin. Tetapi aku sedia mendengar jika kau sudi berkongsi ilmumu, dalam kerendahan budi pekertimu. Aku sedar. Ilmumu banyak. Nasabmu hebat. Tetapi aku memandangmu bukan kerana semua itu. Aku menerimamu kerana dirimu sendiri. Sebab itu, aku tidak menghiraukan nasihat teman-temanku bahawa kau lidah bercabang, talam 2 muka dan sebagainya. Aku tidak mahu bersangka buruk bagimu. Sayang sekali jika aku melepaskan ukhuwah denganmu hanya kerana khabar angin yang aku tidak tahu kebenarannya.

Serius. Aku rasa terluka mendengar bicaranya. Tak kusangka, dalam waro' perwatakannya, dia rupanya memandang rendah padaku selama ini.

Dan kata-katanya itu buat aku termenung panjang. Membisu seharian. Inilah sebabnya mengapa aku lebih suka menulis berbanding berbicara. Jika menulis/menaip. Ayat yang salah boleh aku padam. Tetapi jika tersalah bicara, terguris rasa hati seseorang? Mana mungkin dapatku hilangkan parut lukanya. Ucapan maaf tak mungkin cukup..

Disebabkan sikapku yang kadangkala suka berdiam diri, berseorangan, kadangkala menyebabkan salah faham dalam kalangan sahabat2 rapat. Mereka ingat aku marah, merajuk dan sebagainya. Walhal, sebenarnya aku sedang bermuhasabah diri.

Lazimnya, bila aku keseorangan, aku akan lebih mengingati Allah. Aku dapat mengawal nafsuku dari berkata-kata yang sia-sia dan berbuat yang sia-sia. Tetapi, aku tak nafikan, kawan itu penting. Saat dengan teman-teman manis. 

Tetapi, saat bersendiri juga indah. Aku menghargai masaku dengan teman-teman. Tetapi adakalanya, aku memilih untuk bersendiri bila menyedari aku cenderung untuk menyakiti orang-orang sekelilingku dengan kata-kataku, perbuatanku, dan tindakanku.

Aku sedih apabila orang meyakitiku. Aku sedih apabila orang berkata kasar dan meninggikan suara padaku. Aku sedih apabila orang menyakitiku dengan tindakan kasarnya. Oleh itu, aku tidak mahu menjadi seperti itu. Lebih baik aku diam. Diam dan menyendiri. 

Diam lebih baik dari berkata tetapi menyakiti orang lain. Diam lebih baik dari berkata tetapi tidak memberi faedah. Diam itu lebih baik jika berkata tetapi tidak ikhlas. Bagiku, tidak payah berbuat apa-apa pun jika tidak ikhlas. Ia hanya merugikan diri sendiri.

Oleh kerana aku mempunyai 'alam' yang berbeza2, maka sikapku juga fleksibel. Ada masanya aku dengan sahabiah tudung labuhku. Ada masanya aku dengan sahabiah sahabat mayaku. Ada masanya aku dengan keluargaku. Ada masanya aku dengan teman2 rapatku yang 'huru-hara' :). Sikap mereka dan suasana yang berbeza memaksa aku untuk mengadaptasikan diri dengan sewajarnya.

Jujur, ada masanya aku juga menonton crows zero, merantau warriors dengan abangku. Kerana itu sahaja caranya aku merapatkan diri dengannya. Kerana sayangku padanya, aku sudi mengadaptasi diriku dengan suasana yang sepatutnya., selagi tidak melanggar syara'.

Aku tahu, jika aku menghormati mereka, Mereka akan menghormatiku semula. Jika aku memuliakan mereka, mereka akan memuliakanku semula. Jika aku menerima mereka seadanya, maka mereka akan menerimaku seadanya pula..

Aku berpegang sabda Rasulullah SAW; jika seorang ibu mempunyai 3 orang anak perempuan dan ketiga-tiganya solehah, maka syurga bagi ibu tersebut. 

Syukur Ya Allah. Ibu, dan semua sudi menerima kami seadanya. Syurgalah balasan bagi ibuku. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami semua sehingga akhirnya.

Lain.. lain suasananya jika ada di universiti dan pergi ke majlis ilmu. Dan lain pula jika bercampur gaul dengan masyarakat yang tidak menjadikan cara Rasulullah SAW sebagai contoh. Tetapi aku sedar. Mana mungkin dapat ku cari masyarakat yang sebenar-benar Islam seperti zaman Rasulullah SAW dalam dunia akhir zaman ini. Oleh itu aku menerima seadanya semua ini tanpa merungut. Sudah tertulis, memang inilah sifat-sifatnya manusia akhir zaman.

Dan Rasulullah SAW juga ada bersabda; 
"Umatku akan berpecah belah kepada 7 golongan. Dan hanya 1 golongan sahaja yang akan terselamat."

Sematkanlah peringatan Rasulullah SAW ini dalam fikiran. Semoga kita termasuk dalam golongan yang terselamat itu.

Bolehkah kita mengukur seseorang dari segi pakaiannya?
Manusia, bukan tarafmu untuk menghakimi dan mengadili.
Aku hamba, kau juga hamba, dia juga hamba. Kelebihanmu pemberian Allah. Kekurangannya juga adalah pemberian Allah.

Hiduplah di dunia Allah ini dengan serendah-rendah hati. Kedudukan kita di akhirnya belum pasti mana campaknya. Kau belum tentu masuk syurga. Aku juga belum tentu masuk neraka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kau mungkin hanya nampak dosanya. Tetapi Tuhan nampak semua pahalanya. 

Janganlah merasakan dirimu cukup tinggi, janganlah merasakan dirimu cukup bijak, janganlah merasakan dirimu cukup kuat. Ingatlah, tinggi itu, bijak itu dan kuat itu semuanya datang daripada Allah SWT.

Ingatlah wahai manusia. Buatlah apa yang kamu suka di atas dunia ini. Tetapi ingat, kelak, semua tindakanmu akan dipersoalkan Allah.
Ingatlah, setinggi mana tempat kau berada hari ini, akankah sama tingginya dengan darjatmu di sisi Allah?

Berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dan lakukan ikhlas kerana Allah. Jangan berputus asa dalam mencari cinta Allah. Berjuanglah dengan caramu sendiri. Dan haruslah terus bersabar dengan ujian yang menguji.

Ingatlah, sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara..
Dan kepada Allah jualah tempat kita semua kembali...

Firman Allah:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?"
(Al-Baqarah:214)

*syukran pada syauqahwardah.. J

6 comments:

Alrezamittariq said...

semua ada masanya cik...
semoga setiap masa mampu kita lewati dengan jalan terbaik...

ukhti_sue said...

insyaAllah...

PIANED said...

seorang yang merasa dirinya lebih baik dari orang lain sebenarnya lebih rendah kerana dia telah memasuki lembah takabbur...

Anonymous said...

subhanAllah ya ukhti

penulisan yang sungguh menginsafkan. akk sentiasa menanti penulisanmu yg akn datang. selamat bermujahadah dan salam sayang dari akak :)

kak nurul iman =)

Anonymous said...

salam,

mcm pernah baca entri ni kat blog lain.

ukhti_sue said...

wasalam..ye..dari blog ukhti syauqah wardah..sbb tu kat bwh entri ni ana letak ucpn trime kasih kat syauqah wardah..