~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Wednesday, October 07, 2009

Betapa Hidup Ini Tiada Yang Abadi...

Assalamualaikum w.b.t...
"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah S.W.T mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..."
Agak lama juga ana tak mencoretkan sesuatu di sini. Pelbagai konflik yang bertandang dalam relung hati ini membuatkan ana terduduk dan menangis. Betapa beratnya dugaan yang Dia tujukan buat diri ini. Ana kehilangan sesuatu yang terlalu ana sayang. Ana down seketika, rasa seolah-olah ana kehilangan punca. Di hati ini terlalu sakit, pedih... Ana menyimpannya sendiri dan tidak pernah meluahkan sedikit pun kepada sesiapa kerana tidak semua perkara kita boleh kongsikannya kepada orang lain. Ana hanya ada Dia, tempat untuk ana mengadu. Mungkin inilah yang Dia mahukan-kembali padaNya..
"diwajibkan ke atas kamu berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah al-baqarah:216)
Inilah yang menjadi penyejuk hati ini tatkala memori itu bertandang. Ayat-ayat cinta dariNya terlalu indah. Dia sentiasa mengerti keperluan hambaNya. Ana tahu Dia menyediakan yang terbaik buat hambaNya. Sebagai insan kita selalu melihat apa yang kita inginkan itu adalah yang terbaik buat kita, tetapi kita tidak sedar apa yang kita impikan itu sebenarnya sangat buruk buat kita. kita tidak tahu, tapi Allah tahu.. Ana sedar hidup tidak boleh berpandukan kepada perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. Hidup ini adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman diri seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati, mereka tidak sanggup menerima penderitaan. Jangan bersedih kerana hidup ini bukanlah segala-galanya...betapa hidup ini tiada yang kekal abadi.. Yakinlah pada Allah "yang patah tumbuh yang hilang pasti akan berganti... wallahualam...

0 comments: