~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Thursday, August 13, 2009

Hati Ini Milik Tuhan

Assalamualaikum w.b.t..

Dah lama rasanya tak menjejakkan kaki ke shopping complex, dalam perkiraan ana hampir dua minggu ana tak kemana-mana. Sibuk dengan kuliah dan exam membuatkan ana terasa malas nak keluar. Keluar pun untuk ke usrah, rindu nak jumpa dengan akhowat.

Baru pagi tadi ana keluar ke Bandar bersama beberapa orang sahabat. Selesai sahaja membeli sedikit barang keperluan kitorang terus bergerak menuju ke taman. Niat di hati mahu menikmati kesegaran udara nikmat kurniaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah masih diberi kesempatan berdiri di muka bumi Allah. Ana menelusuri taman sambil memerhati keadaan sekeliling.

Sekilas ana terpandang sepasang kekasih sedang berbual mesra di satu sudut taman tersebut. Cepat-cepat ana mengalih pandangan. Hati segera beristighfar sekaligus berdoa “Ya Allah, Tuhan Yang Membolak-balikkan hati Engkau sentuhlah hati mereka dengan hidayah dan taufiq-Mu.”

Spontan, ingatan ana memutar kembali rakaman hidup diri ini suatu ketika dulu. Ya, ana juga pernah melalui kebahagiaan palsu ini. Rasa meluat mula menapak melihat aksi pasangan tersebut bergelak ketawa. Ya Allah, mungkin inilah dulu pandangan orang terhadap ana sewaktu ana bersama ‘dia’. Hari ini Allah menayangkan semula kelakuan ana tetapi dengan watak orang lain. Hati kembali beristighfar. Rasa sedih, benci, berdosa bila terkenang kembali kejahilan diri. Semuanya hanya kebahagiaan yang palsu semata-mata palsu. Hakikatnya hati ini tak pernah merasa tenang. Takut dengan amaran Allah tapi masih melakukannya. Mungkin Allah masih sayangkan diri ini. Walau sejauh mana pun ana pergi Dia sentiasa setia menaungi.

Benar ‘Allah loves you no matter what’. Allah tak pernah lupakan hambanya tapi hamba-Nya yang ego inilah yang selalu melupakanNya. Alhamdulillah hubungan yang tak halal itu putus juga akhirnya. Ana sedar ada tanggungjawab yang terpikul di bahu ini. Tugas sebagai seorang anak, seorang pelajar, sebagai khalifah dan hambaNya. Ana dah terlalu puas mencari kebahagiaan dihati teman-teman dan kekasih tetapi apa yang ana dapat hanya sebuah kekecewaan. Kini ana temui cinta hakiki hanya padaNya Yang Satu. Dakwah dan study ana letakkan di tempat paling atas. Ana sedar jiwa ini tak boleh selamanya remaja. Tuntutan menyampaikan risalah menyambung perjuangan Rasullulah ana laksanakan sedaya yang termampu. Mehnah dan tribulasi yang dihadapi memaniskan lagi perjuangan ini. Walaupun tak mencapai kemenangan seperti di zaman kegemilangan Islam dulu sekurang-kurangnya ana mempunyai usaha untuk dipersembahkan di hadapanNya di akhirat kelak sebagai pelepas bila ditanya olehNya.

Biarlah rindu yang melalaikan itu hilang bersama cinta yang tak diredhai kerna hati ini milik Tuhan selamanya. Untuk apa menyerahkannya pada yang tak layak sebelum tiba masanya. Pasti ianya hanya mengundang kemurkaan Allah. Ana tak mahu lagi tertipu pada cinta palsu duniawi.

“Ya Allah, janganlah Kau tarik nikmat mencintaiMu ini setelah Engkau memberikanNya padaku. Sesungguhnya hati ini milikMu sepenuhnya dan hanya Engkau yang berhak keatasnya.”

Andai ajal tiba dulu sebelum datangnya jodoh dari Tuhan, ana harap biarlah kematian itu diiringi dengan kasih, rahmat dan redhaNya. Tetapi andai ketentuanNya adalah yang sebaliknya biarlah bahtera yang bakal dilayar itu dilimpahi dengan kasih sayang serta berkat dari Allah untuk bersama-sama menyeru manusia padaNya. Wallahualam..

0 comments: