~Taujihad Srikandi~

Wahai Srikandi :-

" takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "

Menyulam Sutera Cinta

Wednesday, August 12, 2009

dunia adalah satu punishment?

Ana rasa terpanggil untuk mencoret satu bingkisan pendek di ruangan ini apabila sebentar tadi seorang rakan ana dengan cerianya mengatakan "indahnya dunia ni". ana tertanya-tanya sendiri 'indah ke?'. sekilas ana teringat pada satu penyakit yang melanda umat sejak zaman dahulu kala sehinggalah pada hari ini iaitu penyakit WAHAN (cinta dunia dan takut mati). astaghfirullah...lupakah kita pada peristiwa Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana termakan dek hasutan iblis laknatullah. Lantaran itu Allah s.w.t kemudiannya memerintahkan Adam dan Hawa turun ke dunia. Firman Allah s.w.t: " Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: Turunlah kamu! sebahgian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (QS 2:36 Adam dan Hawa diturunkan ke dunia sebagai hukuman dari Allah s.w.t. Ini bermakna dunia merupakan hukuman bukannya reward..Maka takutilah dunia.. Peringatan buat diri sendiri juga..kita kadang2 alpa dan leka tentang kematian sedangkan itulah perkara yang terlalu hampir dengan kita. menelusuri hari-hari yang berlalu apakah bekalan yang kita akan bawa menghadapNya di sana nanti?alangkah malunya bila di hadapan Nya nanti andai yang dipersembahkan tidak setimpal dengan umur dan waktu yang Allah berikan untuk kita mengutip seberapa banyak bekalan di dunia ini..insafilah diri..janganlah kita megah berjalan di dunia ini andai balasannya di akhirat kelak merugikan kita.. Insan kerdil yang hanya mengharap kasih dan redha Ilahi..WALLAHUALAM..

0 comments: